Thursday 20 March 2014

Bisikan Melodi Mindaku

Aku khuatir lalai dan leka,
Membuahkan lupa,
Pada suatu janji,
Yang diikat rapi masa.


Dan aku tidak mahu cuai,
Membiarkan aku terbuai-buai,
Di sebalik memori,
Dan juga mimpi.


Aku inginkan waktu,
Dan tiupan bayu,
Untuk membalut kemas,
Tubuhku yang lemas.


Mungkin anugerah itu,
Kan membalas rindu,
Dan dendam kesumat,
milikku; sampailah lumat.

No comments:

Post a Comment