Thursday 20 March 2014

#‎BicaraAnggota‬

Kalaulah aku ni ada mulut sendiri, mesti aku dah menguap je dengan empunya badan ni. Bosan betul terbiar, tak bergerak, statik di atas kerusi. Sang mata dapat tengok 'tv'. Seronoklah dia, sekurang-kurangnya ada aktiviti. Aku ni? Semakin hari semakin tebal selaput-selaput kuning bak bertih jagung membalut diri. Bosan oi! Tuan, dengar tak ni? Pergilah berlari! Kau tak sedar tapi perlahan-lahan aku mereput. Yang kau ingat sedap sang perut. Sedap-sedap pun, dia merungut. Bukan senang nak hadamkan apa yang kau telan setiap saat umpama hidup tiada maut.

No comments:

Post a Comment